MATERIEL TAWAN KEJUARAAN FINAL FUTSAL, TAMATKAN KEMARAAN BERGANDA NO 10 SKN

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

KUANTAN, 17 Julai 2025 - Pertandingan akhir futsal antara seksyen kali ini mencatat sejarah tersendiri apabila pasukan Materiel berjaya merangkul kejuaraan selepas menewaskan No 10 Skn 3-2 dalam perlawanan penuh mendebarkan di Gelanggang Futsal 4 Briged (Mek).

Perlawanan futsal ini turut menjadi tumpuan kerana No 10 Skn sebelum ini baru sahaja muncul juara bola sepak antara seksyen dalam aksi dramatik penentuan penalti. Dengan rekod itu, No 10 Skn turun ke gelanggang futsal membawa reputasi sebagai pasukan pilihan, namun pasukan Materiel tampil dengan semangat juang luar biasa untuk menamatkan rentak kemenangan lawan.

Pasukan Materiel membuka jaringan lebih awal pada separuh masa pertama, tetapi No 10 Skn seperti biasa tidak mudah mengalah. Mereka berjaya menyamakan kedudukan, kemudian mendahului dengan gol kedua untuk mendahului 2-1. Pasukan Materiel bagaimanapun enggan memberi ruang dan berjaya menyamakan semula kedudukan 2-2 sebelum mencipta gol kemenangan pada minit-minit terakhir, menamatkan impian No 10 Skn untuk mendominasi kedua-dua gelaran tahun ini.

Syabas diucapkan kepada Materiel atas kejuaraan yang penuh bergaya, dan tahniah juga buat No 10 Skn yang membuktikan semangat juang tinggi hingga ke penghujung kejohanan. Satu menang, satu tumpas, namun semangat mereka tetap jadi sebutan.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Lt Kol Ahmad Farhan bin Ahmad TUDM, Pemangku Komander Pangkalan. Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir ini, Lt Kol Idham bin Ibrahim TUDM, Pegawai Sukan Pangkalan, Pegawai Memerintah Skn dan Ketua-ketua Cawangan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY