![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
BANDAR SRI SENDAYAN, 12 Apr 25 - Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Udara Pangkalan Udara Sendayan telah diadakan bertempat di Auditorium Rajawali, MPPLU dan dihadiri seramai 300 ahli BAKAT Udara PU Sendayan.
Komander Pangkalan Udara Sendayan, Kol Azman bin Taib TUDM, telah merasmikan mesyuarat agung tersebut. Turut hadir bersama Pegawai-pegawai Memerintah Unit dan Ketua-ketua Cawangan yang bernaung di bawah pemerintahan PU Sendayan.
Di majlis sama, Pengerusi BAKAT turut menyampaikan Sijil Penghargaan BAKAT dan cenderahati kepada Ketua-ketua Biro dan AJK yang telah memberikan komitmen serta mengharumkan nama BAKAT PU Sendayan bagi sesi 2024/2025. Pengerusi BAKAT telah memaklumkan juga bahawa BAKAT PU SENDAYAN mendapat anugerah BAKAT terbaik bagi TUDM pada tahun 2024.
Selesai perasmian, mesyuarat agung tahun ini telah dipengerusikan oleh Puan Che Noraini binti Haji Ahmad selaku Pengerusi BAKAT Udara PU Sendayan. Mesyuarat pada kali ini turut membincangkan pelantikan Jawatankuasa Baharu bagi Tahun 2025/2026, Pembentangan Laporan Kewangan 2024 dan Perancangan Aktiviti BAKAT 2025/2026.
Tahniah di atas pelantikan Ketua-ketua Biro dan AJK yang baru bagi sesi 2025/2026 dan semoga BAKAT Udara Sendayan dapat terus menjalankan fungsi dan berperanan amnya di dalam menjaga kebajikan ahli dan keluarga warga TUDM khususnya.