PERBARISAN KETUA STAF MARKAS PEMERINTAHAN OPERASI UDARA

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12

 

SUBANG, 24 Julai 2025 – Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) telah melaksanakan Perbarisan Ketua Staf MPOU bertempat di Padang Kawad MPOU hari ini. Perbarisan dihadiri oleh seluruh warga MPOU, merangkumi pegawai, anggota lain-lain pangkat (LLP) dan kakitangan awam. Anggota perbarisan diketuai oleh Mejar Noorihtifazuddin bin Sabaludin TUDM terdiri daripada (4) orang pegawai dan 85 anggota LLP.

Dalam ucapan beliau, Ketua Staf MPOU telah mengingatkan berkenaan enam (6) tonggak utama yang telah digariskan oleh Panglima Tentera Udara ke-21, sebagai panduan utama kepada semua lapisan kepimpinan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Beliau turut menegaskan kepentingan pemantauan Indeks Jisim Badan (BMI) yang ideal dan pada tahap yang disyaratkan oleh TUDM serta selari dengan tuntutan tugas yang memerlukan kecergasan fizikal dan ketahanan mental yang tinggi.

Di penghujung ucapan, beliau mendoakan agar setiap usaha serta sumbangan yang dicurahkan oleh seluruh warga MPOU akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY