![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
GONG KEDAK, 2 Jan 25 – Perbarisan Pegawai Memerintah No 12 Skn telah diadakan di Hangar No. 12 Skn, Pangkalan Udara Gong Kedak. Perbarisan ini terdiri daripada 5 pegawai dan 91 anggota lain-lain pangkat. Perbarisan ini diketuai oleh Mej Mohd Idham bin Ruslam TUDM. Manakala, Ajutan Perbarisan ialah Kapt Muhamad Azfar bin Ibrahim TUDM dan Pegawai Waran Perbarisan adalah PW U II Muhammad Shahril Azuan bin Mat Din.
Perbarisan dimulakan dengan penerimaan tabik hormat oleh Pegawai Memerintah No 12 Skn, Lt Kol Fairul bin Mohd Rustham TUDM dan seterusnya beliau membuat pemeriksaan anggota perbarisan. Acara perbarisan diteruskan dengan Penyampaian Cenderahati kepada Best Airman of the Month dan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Waran Bahagian Kejuruteraan No 12 Skn di antara PW U I Mohd Amran bin Liman dengan PW U I Nordimusmadi bin Ismail sebagai Pegawai Waran Bahagian Kejuruteraan No 12 Skn yang baharu.
Pegawai Memerintah No 12 Skn turut menyampaikan ucapan yang memberikan penghargaan kepada semua di atas kejayaan No 12 Skn merangkul gelaran Squadron Of The Year 2024 dan penglibatan di dalam eksesais AAMF yang lalu. Beliau turut berpesan agar peringkat anggota dapat mempamerkan tahap disiplin yang tinggi dan meningkatkan prestasi serta kecemerlangan bagi tahun 2025.
Perbarisan di akhiri dengan bacaan ikrar kesatria dan doa. Pegawai Memerintah No 12 Skn menerima tabik hormat sebelum meninggalkan medan perbarisan.