Select your language

PROGRAM CERAMAH MAULIDUR RASUL 1448H/2026M PERINGKAT PANGKALAN UDARA KUANTAN DAN MAJLIS PENUTUP KURSUS PENDIDIKAN ISLAM (PIFA) TAHAP 4 SIRI 1/2026

WhatsApp Image 2026 08 14 at 14.37.00 1 WhatsApp Image 2026 08 14 at 14.37.00 2 WhatsApp Image 2026 08 14 at 14.37.00
WhatsApp Image 2026 08 14 at 14.37.01 1 WhatsApp Image 2026 08 14 at 14.37.01 WhatsApp Image 2026 08 14 at 14.37.02 1
WhatsApp Image 2026 08 14 at 14.37.02 WhatsApp Image 2026 08 14 at 14.37.03 1 WhatsApp Image 2026 08 14 at 14.37.03 2
WhatsApp Image 2026 08 14 at 14.37.07 WhatsApp Image 2026 08 14 at 14.37.03 WhatsApp Image 2026 08 14 at 14.37.04 1

 

KUANTAN, 14 OGOS 2026 – Pangkalan Udara Kuantan telah menganjurkan Program Ceramah Maulidur Rasul 1448H/2026M Peringkat Pangkalan Udara Kuantan yang turut disusuli dengan Majlis Penutup Kursus Pendidikan Islam (PIFA) Tahap 4 Siri 1/2026.

Program telah diserikan dengan ceramah oleh penceramah jemputan khas, Al-Fadhil Ustaz Haji Muhammad ‘Izzan bin Idris Al-Hafiz, Imam 1 Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, yang menyampaikan pengisian berkaitan penghayatan sirah dan keperibadian Rasulullah SAW serta kepentingan menjadikan sunnah Baginda sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg Kol Baharin bin Mohamad TUDM, Komander Pangkalan, bersama isteri selaku Pengerusi BAKAT Pangkalan, barisan Pegawai Eksekutif, pegawai dan anggota Pangkalan Udara Kuantan serta ahli BAKAT.

Dalam majlis yang sama, Majlis Penutup Kursus Pendidikan Islam (PIFA) Tahap 4 Siri 1/2026 telah dirasmikan oleh YBhg Komander Pangkalan. Kursus berkenaan telah disertai oleh seramai 95 orang anggota sebagai usaha memperkukuh pengetahuan dan kefahaman asas Pendidikan Islam dalam kalangan warga Pangkalan.

WhatsApp Image 2026 08 14 at 14.37.04 2 WhatsApp Image 2026 08 14 at 14.37.04 WhatsApp Image 2026 08 14 at 14.37.05 1
WhatsApp Image 2026 08 14 at 14.37.05 WhatsApp Image 2026 08 14 at 14.37.06 1 WhatsApp Image 2026 08 14 at 14.37.06
WhatsApp Image 2026 08 14 at 14.37.07 1 WhatsApp Image 2026 08 14 at 14.37.08 WhatsApp Image 2026 08 14 at 14.37.08 2

 

Pelaksanaan kursus PIFA bukan sekadar memenuhi keperluan kelayakan perkhidmatan dan kenaikan pangkat, malah menjadi medium penting dalam membentuk anggota yang mempunyai kefahaman agama yang baik serta mampu mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan Pangkalan Udara Kuantan dalam memperkasakan penghayatan Islam serta membudayakan nilai-nilai murni, kecintaan kepada Rasulullah SAW dan pengamalan ajaran Islam dalam kalangan warga TUDM.

Semoga program dan kursus yang dilaksanakan dapat memberikan manfaat kepada seluruh warga Pangkalan serta menjadi pemangkin kepada pembentukan anggota yang berilmu, berdisiplin dan mempunyai jati diri yang kukuh selaras dengan tuntutan agama dan perkhidmatan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY