![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 29 Ogos 2025 – Pangkalan Udara Subang telah melaksanakan Program Merdeka Run 6.8km bertempat di padang kawad pangkalan.
Program ini disertai oleh seramai 118 orang Pegawai dan 355 orang Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Warga Pangkalan udara Subang, BAKAT Pangkalan Udara Subang dan juga dari unit lodger antaranya MPOU, MPBU, PUSPEKA, DMU dan IPP yang telah dirasmikan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM.
Sebelum acara larian dimulakan, sesi pemanasan serta taklimat keselamatan telah diberikan oleh Physical Trainer Instructor berkaitan laluan dan langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan oleh peserta di sepanjang acara setelah selesai sesi pemanasan.
Kesemua peserta berjaya menamatkan larian dalam keadaan baik dan tiada laporan kecederaan sepanjang aktiviti dilaksanakan. Setelah tamatnya acara larian, program diteruskan lagi dengan acara pakaian kreatif bertemakan kemerdekaan mengikut kategori.
Program ini juga dapat memupuk semangat cintakan tanah air sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia dan berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Semua peserta menamatkan larian sejauh 6.8 km dengan selamat. Tiada kecederaan serius dilaporkan. Semangat kerjasama dan patriotisme jelas terpancar melalui sorakan serta kibaran Jalur Gemilang sepanjang larian.