PROGRAM SUKAN FUN RUN ANTIDADAH PANGKALAN UDARA SUBANG 2025

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

SUBANG, 4 Jul 2025 - Jawatankuasa Anti Dadah (JKAD) Pangkalan Udara Subang telah menganjurkan Program Sukan Fun Run Antidadah bertempat di Padang Kawad, PU Subang. Program ini telah dirasmikan olehBrig Jen Yusri Bin Jamari TUDM, Komander Pangkalan.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah, memupuk gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal serta mengeratkan hubungan antara warga pangkalan dan keluarga dalam suasana yang positif dan harmoni.

Turut hadir memeriahkan program sukan Fun Run ialah Pegawai Memerintah Skuadron / Unit, Ketua - Ketua Cawangan, Puan Haslin Binti Ismail selaku Pengerusi BAKAT Pangkalan, Ketua Biro BAKAT serta ahli - ahli BAKAT yang sentiasa menjadi tulang belakang sokongan moral dan sosial kepada warga pangkalan.

Bertemakan “Sukan Gaya Hidup Sihat, Katakan Tidak Pada Dadah”, program sukan dimulakan dengan gimik perasmian dan pelancaran rasmi oleh Komander Pangkalan diikuti aktiviti pemanasan badan dan regangan serta larian sejauh 5KM untuk warga tentera Pangkalan dan 3KM untuk ahli BAKAT.

Program sukan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 364 orang, merangkumi pegawai, anggota dan 28 ahli BAKAT. Komander Pangkalan menyeru seluruh warga Pangkalan agar membudayakan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan sebagai benteng diri daripada penyalahgunaan dadah di samping memantapkan jati diri serta kesejahteraan perkhidmatan dan keluarga.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pegawai Anti Dadah Pangkalan, Mej Putri Noor Zuliana binti Megat Ahmad TUDM dan ahli JKAD pangkalan serta semua pihak yang telah menyumbang tenaga dalam menjayakan program tersebut. Diharapkan usaha ini akan terus mencerminkan komitmen berterusan warga pangkalan dalam membudayakan kehidupan bebas dadah.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY