πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓

1 2 3 4

KUALA LUMPUR, 20 Jun 2025- Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah membuat kunjungan hormat kepada Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato' Seri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan di pejabat PTD hari ini.

Kunjungan hormat ini bersempena dengan persaraan Panglima Tentera Udara di dalam perkhidmatan ATM tidak lama lagi. Panglima Tentera Udara turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Panglima Tentera Darat di atas kepercayaan dan sokongan kepada beliau selama menerajui TUDM sejak 7 Mac 2022 selaku Panglima Tentera Udara Ke-20.

Panglima Tentera Udara juga turut menghargai segala sokongan warga tentera Darat dalam memberikan kerjasama kepada TUDM melibatkan pelaksanaan latihan dan operasi bersama. Sesungguhnya kerjasama yang erat terjalin antara kedua-dua pasukan terus memperkuatkan keupayaan dan kesiagaan ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara.

 

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
Β 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer