![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SERDANG, 30 Ogos 2025 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM hari ini telah menghadiri Majlis Amanat Hari Kebangsaan 2025 yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.
Dalam amanat tersebut, YAB Perdana Menteri menekankan pentingnya semangat perpaduan, patriotisme dan tekad membina Malaysia MADANI sebagai asas kekuatan negara. YAB Perdana Menteri menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus menghayati erti kemerdekaan dengan mengekalkan keamanan, memperkukuh perpaduan serta memperjuangkan nilai keadilan dan kesejahteraan bagi semua lapisan masyarakat.
Beliau juga mengajak rakyat untuk berganding bahu dalam membina sebuah negara yang lebih maju, adil dan makmur dengan memberi tumpuan kepada kesejahteraan bersama demi kelangsungan masa depan yang lebih gemilang.
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sentiasa komited untuk mendukung aspirasi kerajaan dalam memastikan keselamatan, kesejahteraan dan perpaduan negara terus terpelihara. Dengan penuh tekad, TUDM akan terus memperkukuh kerjasama dengan agensi-agensi keselamatan lain dalam usaha menjaga kemakmuran dan keamanan negara demi kesejahteraan rakyat Malaysia.