![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 25 Jun 2025 - Panglima Tentera Udara Ke-20, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM meninggalkan sejarah dan kenangan tersendiri bagi beliau kerana hari ini merupakan hari terakhir bertugas di pejabatnya, Wisma Pertahanan.
Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato' Pahlawan Hj Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM; Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato' Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM serta pegawai-pegawai Kanan TUDM.
Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang membawa Panji-Panji No 12 Skuadron terdiri daripada tiga (3) Pegawai dan 103 anggota Lain-lain Pangkat diketuai oleh Mej Tuan Mohamad Zulkhairi bin Tuan Mat TUDM selaku Ketua Kawalan; Kapt Muhamad Azfar Azim bin Ibrahim TUDM, Penolong Ketua Kawalan; Kapt Muhammad Yusof bin Zulkifli TUDM, Pegawai Pembawa Panji-panji serta diiringi oleh Pancaragam Tentera Udara Diraja Malaysia di bawah pimpinan Kapt Sabri bin Hamil TUDM.
Sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, warga TUDM melakukan acara tradisi 'send-off' dengan 'street lining'. Beliau diiringi dengan bacaan doa yang diketuai oleh Pengarah Agama MTU, Kol Salahuddin bin Safeie mendoakan kesejahteraan, keafiatan, kecemerlangan serta kebahagiaan dunia dan akhirat sebelum beliau kemudiannya menaiki kenderaan melalui kawalan kuarter di Balai Pengawal KEMENTAH dan meninggalkan Wisma Pertahanan.
Seluruh warga TUDM menzahirkan ucapan terima kasih kepada Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM di atas khidmat bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan selama 42 tahun menabur jasa kepada negara sehingga ke jawatan terakhir sebagai Panglima Tentera Udara yang ke-20. Terima kasih Panglima!