![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2025 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, hadir ke Masjid Negara bagi menunaikan Solat Jumaat sempena sambutan Hari Pahlawan 2025.
Solat Jumaat yang penuh makna ini turut dihadiri Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari; Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM; Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM; Panglima Bantuan Udara, Mejar Jeneral Dato’ Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM serta warga pertahanan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Khatib Masjid Negara telah menyampaikan khutbah khas bertajuk “Pahlawan Negara – Syuhada Yang Tidak Dilupakan”, yang mengimbau jasa, keringat dan pengorbanan para perwira tanah air yang telah berjuang mempertahankan kedaulatan negara.
Khutbah tersebut turut mengingatkan umat Islam akan tanggungjawab bersama dalam memelihara keamanan dan kemerdekaan yang dikecapi hari ini sebuah amanah yang diwariskan oleh para pahlawan yang gugur mahupun yang masih setia berbakti.
Majlis ini bukan sekadar mempereratkan hubungan spiritual dalam kalangan warga pertahanan dan pemimpin negara, malah menjadi wadah untuk mengenang, menghargai dan menjiwai semangat perjuangan para pahlawan demi agama, bangsa dan tanah air tercinta.