![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 20 Jun 2025 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Datoβ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah membuat kunjungan hormat kepada Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain di pejabat PTL hari ini.
Kunjungan hormat ini bersempena dengan persaraan Panglima Tentera Udara di dalam perkhidmatan ATM tidak lama lagi. Panglima Tentera Udara turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Panglima Tentera Laut di atas kepercayaan dan sokongan kepada beliau selama menerajui TUDM sejak 7 Mac 2022 selaku Panglima Tentera Udara Ke-20.
Panglima Tentera Udara juga turut menghargai segala sokongan warga navy people dalam memberikan kerjasama kepada TUDM melibatkan pelaksanaan latihan dan operasi bersama. Sesungguhnya kerjasama yang erat terjalin antara kedua-dua pasukan terus memperkuatkan keupayaan dan kesiagaan ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara.