![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SENDAYAN, 19 Jun 2025 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah melaksanakan Lawatan Penghargaan ke Pangkalan Udara Sendayan. Turut hadir ialah isteri beliau, Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan selaku Pengerusi Jemaah BAKAT Udara (JBU) yang turut mengadakan lawatan penghargaan ke BAKAT Pangkalan Udara Sendayan.
Ketibaan Panglima Tentera Udara dan isteri telah disambut oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM serta Pemangku Komander Pangkalan, Lt Kol Junaidi bin Abdul Aziz TUDM dan isteri. Lawatan dimulakan dengan istiadat tabik hormat dan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang terdiri daripada dua (2) pegawai dan 99 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Pangkalan Udara Sendayan.
Panglima Tentera Udara kemudiannya telah diraikan dalam Majlis Ramah Mesra yang diadakan di Dewan Bankuet, Wisma Perwira. Dalam majlis tersebut, beliau telah merasmikan Pelancaran Sistem e-DU dan diberikan taklimat terperinci mengenai sistem ini semasa melawat booth pameran oleh syarikat ATSC dan Pointgate. Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 10 orang pegawai dan anggota LLP yang kurang bernasib baik.
Mengakhiri majlis, Panglima Tentera Udara telah menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga pangkalan atas segala kerjasama serta sokongan yang diberikan sepanjang beliau memegang tampuk pemerintahan. Beliau berharap agar seluruh warga pangkalan terus mengekalkan legasi kecemerlangan TUDM dan sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta rasa tanggungjawab demi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kenang-kenangan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara serta Pemangku Komander Pangkalan kepada Panglima Tentera Udara sebagai tanda penghargaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan.
Pada masa yang sama, Pengerusi JBU turut mengadakan lawatan penghargaan ke Rumah BAKAT Pangkalan Udara Sendayan. Warga BAKAT PU Sendayan telah mempersembahkan pameran Kraf dan Masakan serta mengadakan persembahan pembukaan bagi memeriahkan majlis. Pengerusi JBU turut menyampaikan KSSKA bagi tahun 2025. BAKAT Udara PU Sendayan juga telah menyampaikan cenderahati kepada Pengerusi JBU sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan beliau terhadap BAKAT Udara yang amat dihargai.
Dalam lawatan ini, Pengerusi JBU turut mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh ahli BAKAT Udara pangkalan yang telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh institusi BAKAT serta memastikan kebajikan keluarga sentiasa terbela.
Sebelum berangkat pulang, Panglima Tentera Udara telah menerima tabik hormat akhir daripada KKU serta menghadiri acara sent off yang disertai oleh seluruh warga Pangkalan Udara Sendayan sebagai tanda penghormatan kepada beliau.