MAJLIS BACAAN YASSIN, SOLAT HAJAT DAN KHUTBAH KHAS SOLAT JUMAAT SEMPENA HARI ULANG TAHUN TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA KE-67 TAHUN 2025

1 2 3
4 5 6

 

SUBANG, 13 Jun 2025 - Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Khutbah Khas Solat Jumaat bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun TUDM Ke-67 yang bertempat di Masjid Al-Muhajirin, Pangkalan Udara Subang.

Penganjuran majlis ini bertujuan untuk memohon keberkatan dan kesejahteraan daripada Allah SWT agar TUDM terus kekal relevan, unggul dan disegani sebagai sebuah angkatan kuasa udara yang menjaga kedaulatan ruang udara negara di samping memohon kesejahteraan, kebajikan dan keselamatan kepada pucuk pimpinan tinggi serta seluruh warga TUDM.

Majlis dimulakan dengan solat hajat, kemudian dilanjutkan dengan bacaan surah Yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Lt Kol Dr Mazli bin Mohd Aini, Pegawai Staf 1 Agama MPOU. Seterusnya, majlis diteruskan dengan khutbah khas Solat Jumaat yang bertajuk "Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara" selaras dengan tema sambutan HUT TUDM Ke-67 yang disampaikan oleh Kol Ahmad Shukri bin Hashim, Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan KAGAT.

Dalam khutbah khas tersebut bahawa setiap warga TUDM hendaklah mengekalkan momentum semangat sentiasa bersedia untuk berjuang pada sebilang masa dan meningkatkan kemahiran diri supaya lebih cekap dan cerdas dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan serta menyeru kepada seluruh warga TUDM untuk bersama-sama berusaha dalam meneruskan usaha dan perjuangan demi mencapai misi dan visi ke arah menjadikan "Kuasa Udara Yang Unggul" yang menjadi perisai kepada kedaulatan negara.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Lt Jen Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, Timbalan Panglima Tentera Udara; Lt Jen Dato Masro bin Kaliwon TUDM, Panglima Operasi Udara, Mej Jen Dato' Mahadzer bin Amin TUDM, Panglima Wilayah Udara 1; Mej Jen Dato' Hj Norli Hisham bin Alwi TUDM, Panglima Wilayah Udara 2; Mej Jen Dato' Hj Saharuddin bin Mansor TUDM, AKS Operasi & Strategi; Mej Jen Dato' Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM, AKS Perancangan & Pembangunan; Mej Jen Muhd Aznor bin Hj Md Ghazali TUDM, AKS Kejuruteraan; Mej Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM, Ketua Staf MPOU, Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM, pegawai-pegawai kanan dan warga TUDM.

"Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara"

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer