MAJLIS PERJUMPAAN PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA (PPLU) BERSAMA WARGA MPPLU DAN UNIT NAUNGAN SERTA MAJLIS SEND-OFF PPLU

1 2 3
4 5 6

 

SENDAYAN, 23 Jun 25 – Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU) telah menyantuni warga Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) dan unit naungan dalam satu majlis perjumpaan di Auditorium Rajawali.

Turut hadir ke majlis tersebut adalah Brig Jen Norazman bin Ismail TUDM, Ketua Staf MPPLU serta Komandan/Komander dan Pegawai Memerintah unit-unit naungan. Dalam perjumpaan tersebut, PPLU telah menyampaikan amanat serta pesanan agar mengekalkan tahap kecemerlangan sebagai institusi latihan TUDM yang berprestij, selari dengan moto MPPLU, "Sentiasa Cemerlang".

Seterusnya, Majlis Send-Off dengan street lining oleh warga MPPLU turut dilaksanakan sebelum PPLU menerima hormat daripada Kawalan Kuarter sebagai penghormatan terakhir warga MPPLU kepada beliau. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM di atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang memegang tampuk pemerintahan MPPLU.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer