MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS YANG DIPERTUA MES WIRA ANGKASA

1 2 3
4 5 6

 

SUBANG, 5 Ogos 2025- Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Yang Dipertua Mes Wira Angkasa yang diadakan di Mes Wira Angkasa (MWA), Pangkalan Udara Subang.

Dalam majlis ini, Mej Jen Mohd Sani bin Omar TUDM menyerahkan tugas Yang Dipertua Mes Wira Angkasa kepada Brig Jen Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM. Sebagai simbolik peralihan pemerintahan, Mej Jen Mohd Sani bin Omar TUDM telah menyerahkan sijil serah terima tugas Brig Jen Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM dengan disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara.

Timbalan Panglima Tentera Udara menzahirkan penghargaan di atas sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan oleh mantan YDP Mes Wira Angkasa dalam memastikan pengurusan serta aktiviti yang dilaksanakan oleh Mes Wira Angkasa berjalan lancar serta berharap agar kecemerlangan tersebut diteruskan oleh kepimpinan baru.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM; Pengarah Sekretariat, Kol Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan, para pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat TUDM.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY