PANGLIMA TENTERA UDARA LAWAT LOKASI INSIDEN KEMALANGAN PESAWAT F/A-18D HORNET

1 2 3
4 5

 

KUANTAN, 22 Ogos 2025 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semalam dikejutkan dengan insiden kemalangan melibatkan sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan ketika sedang berlepas untuk melaksanakan latihan penerbangan rutin.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM dalam sidang media mengesahkan bahawa kedua-dua anak kapal pesawat berkenaan berjaya menyelamatkan diri melalui prosedur kecemasan dengan “eject” daripada pesawat sebelum terhempas.

Anak kapal tersebut adalah Mejar Mohamad Azhar bin Alang Kamarudin TUDM, 34 tahun merupakan juruterbang dan Kapten Mohamad Izzuddin bin Mohamad Salleh TUDM, 28 tahun merupakan jurusensor senjata pesawat.

“Kedua-dua pegawai kini berada dalam keadaan stabil tanpa kecederaan serius. Mereka telah diberi rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan dan telah discaj pada jam 2.00 pagi tadi. Kini mereka sedang ditempatkan sementara di 815 Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT), Pangkalan Udara Kuantan,” ujar beliau.

Panglima Tentera Udara turut turun padang pagi ini bagi meninjau sendiri lokasi kejadian serta melawat kedua-dua pegawai yang terlibat serta keluarga. Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada Mejar Mohamad Azhar TUDM dan Kapten Mohamad Izzuddin TUDM.

Beliau memaklumkan bahawa sebuah Lembaga Siasatan telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan tersebut. Operasi penerbangan pesawat F/A-18D Hornet turut digantung sementara sehingga selesai siasatan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY