![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 11 Ogos 2025 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Mohd Shaiful bin Ibrahim, bertempat di pejabat beliau di Markas Tentera Udara.
Pertemuan ini menjadi platform untuk kedua-dua pihak mengadakan perbincangan secara konstruktif dan bertukar pandangan mengenai aspek pembangunan strategik yang melibatkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Selain memperkukuh hubungan kerjasama dan sinergi antara Kementerian Pertahanan dan TUDM, sesi ini turut menekankan usaha berterusan dalam mempertingkatkan kesiagaan serta keupayaan pertahanan udara negara secara menyeluruh, seiring dengan keperluan semasa dan cabaran masa hadapan.