PEGAWAI MUDA ATM TERIMA WATIKAH TAULIAH, SEDIA BERBAKTI MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15

 

KUALA LUMPUR, 28 Jun 25 – Selepas Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja ATM 2025 di Dataran Panglima Tentera Darat, majlis diteruskan dengan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Muda ATM di Dewan Tun Templer, Akademi Latihan Ketenteraan, Sungai Besi.

Di majlis penuh istiadat tersebut, seramai 295 orang Pegawai Muda Tentera Darat Malaysia (TDM), 114 orang Pegawai Muda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan 100 orang Pegawai Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menerima watikah tauliah mereka secara rasmi yang disampaikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar.

Majlis ini turut menyaksikan bacaan Ikrar Taat Setia Perwira oleh semua Pegawai Muda sebagai tanda kesediaan mereka memikul amanah dan tanggungjawab sebagai perwira negara, diikuti penyerahan skrol ikrar secara simbolik sebagai bukti komitmen mereka untuk menjunjung setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, negara dan institusi Angkatan Tentera Malaysia.

Turut hadir menyaksikan majlis tersebut adalah Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM bersama Panglima-Panglima Perkhidmatan serta Pegawai-Pegawai Kanan ATM.

Majlis penuh istiadat ini bukan sahaja menjadi titik mula kepada perjalanan kerjaya setiap Pegawai Muda dalam ATM, malah menjadi simbol kepada permulaan pengorbanan mereka dalam menjadi generasi yang akan mempertahankan kedaulatan negara tercinta.

Tentera Udara Diraja Malaysia mengucapkan tahniah kepada semua Pegawai Muda TUDM yang ditauliahkan dan semoga mereka akan terus menggalas amanah dengan penuh semangat, disiplin dan keberanian demi memastikan setiap inci kedaulatan negara akan sentiasa terpelihara.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
Β 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY