PERBARISAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN TUDM KE-67

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15
16 17 18
19 20 21

 

KUANTAN, 16 Jun 2025 - Perbarisan sempena Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-67 bertemakan “Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara” telah berlangsung di Pangkalan Udara Kuantan. Perbarisan yang penuh gilang-gemilang ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM. Perbarisan pada pagi ini terdiri daripada lapan ( 8 ) Flait berkonsepkan Perbarisan Tempur Berjalan Lalu. Seramai 24 Pegawai dan 474 anggota Lain-lain Pangkat daripada pelbagai cawangan dan ketukangan dalam TUDM telah terlibat yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Hafizuddin bin Rashid TUDM, Pegawai Memerintah No 2 Skn selaku Ketua Perbarisan. Turut mengiringi perbarisan ini adalah gabungan Pancaragam Pusat TUDM, Kolej Tentera Udara dan Akademi Tentera Udara di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Mohd Rizal bin Hj Mohd Noor TUDM.

Acara dimulakan dengan Panglima Tentera Udara mengambil tabik hormat, memeriksa Perbarisan dan diikuti dengan Perbarisan Berjalan Lalu. Dalam perbarisan ini menyaksikan Terbang Lintas Hormat daripada lima (5) buah pesawat helikopter iaitu dua (2) buah EC 725 AP dan tiga (3) buah AW139. Perbarisan ini juga turut disertai dengan terbang lintas pesawat-pesawat TUDM semasa perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat melibatkan pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM dan F/A-18D Hornet, pesawat angkut A400M, C-130H dan CN 235, helikopter EC 725 AP serta AW 139. Selain itu, pesawat yang terlibat dalam Pameran Statik Perbarisan adalah CN 235, BAE Hawk, PC7 MKII dan helikopter EC 725 AP.

Turut disampaikan adalah Sijil Kepujian Panglima Tentera Udara kepada tujuh (7) orang penerima seperti berikut:

1. PW U I Mohd Zamani bin Zahani.
2. PW U II Zairee bin Zakaria.
3. PW U II Mohd Syaipullah bin Abd Aziz.
4. FSjn Khairi Ikhwan bin Mohd Basri.
5. FSjn Mohd Nizam bin Abdullah.
6. Kpl U Muhammad Aizzuan bin Lokman.
7. CIV Baharuddin bin Badli.

Perbarisan yang dilaksanakan ini merupakan kemuncak kepada acara sambutan sempena Hari Ulang Tahun TUDM Ke-67. Tujuan perbarisan ini diadakan adalah sebagai simbol penghormatan dan kebanggaan terhadap pencapaian serta pengorbanan warga TUDM. Selain itu, ia juga mempamerkan kesiagaan TUDM serta mencerminkan semangat patriotisme serta iltizam warga TUDM dalam mempertahankan kedaulatan negara. Selesai perbarisan, Panglima Tentera Udara dan isteri, Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan telah ke Majlis Jamuan di Southern Hangar No 10 Skn bersama-sama hadirin yang hadir yang terdiri juga daripada mantan-mantan Panglima Tentera Udara.
Bersempena sambutan tahun ini, Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara telah dipilih sebagai tema rasmi bagi Hari Ulang Tahun TUDM Ke-67. Tema ini mempunyai kekuatan yang ketara dan mencerminkan prinsip teras dan aspirasi TUDM yang berperanan sebagai angkatan udara yang kekal kredibel dalam memartabatkan kedaulatan negara. Kuasa udara adalah sebahagian daripada elemen pertahanan negara yang tidak boleh dikompromi untuk menentukan kesinambungan warisan. Peranan TUDM sebagai tonggak utama dalam mempertahankan ruang angkasa negara ini disimbolkan sebagai perisai yang melindungi segenap kemakmuran negara.
Mesej utama yang ingin disampaikan dalam sabutan kali ini ialah komitmen TUDM untuk terus berkhidmat dengan profesionalisme, keberanian dan dedikasi, demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. Ia juga satu seruan kepada rakyat Malaysia agar terus memberi sokongan dan keyakinan kepada angkatan tentera udara mereka yang sentiasa bersiap siaga, sama ada dalam menghadapi ancaman keselamatan mahupun menyumbang dalam misi kemanusiaan.
Turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM dan isteri, Datin Sri Hjh Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor; Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM dan isteri, Datin Lynette binti Tan Sri Mohamed; Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM dan isteri, Datin Dewimastura binti Tumiran; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM dan isteri, Datin Maznah binti Hj Johari serta Pegawai-pegawai Kanan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer