PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS KOMANDER PANGKALAN UDARA BUTTERWORTH

1 2 3
5 6

 

BUTTERWORTH, 28 Apr 26 – Panglima Wilayah Udara 1, Lt Jen Dato' Mahadzer bin Amin TUDM telah menyaksikan Perbarisan Serah Terima Tugas Komander Pangkalan Udara Butterworth di ASF Hangar, hari ini.

Tampuk kepimpinan pangkalan secara rasminya beralih daripada Brig Jen Tan Lai Hock TUDM kepada Brig Jen Razali bin Ahmad Jumali TUDM melalui acara menandatangani nota serah terima tugas dan penyerahan tongkat kuasa.

7 8 9
10 11 12

 

Perbarisan yang melibatkan 12 pegawai dan 185 anggota LLP serta pancaragam dari ATU Ipoh. Majlis diakhiri dengan acara Send Off bagi menghargai jasa Brig Jen Tan Lai Hock TUDM sepanjang perkhidmatan beliau di sini.

Setinggi-tinggi penghargaan buat Brig Jen Tan Lai Hock TUDM dan tahniah diucapkan kepada Brig Jen Razali bin Ahmad Jumali TUDM atas pelantikan baharu sebagai Komander Pangkalan Udara Butterworth.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY