![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 11 Jun 2025 – Timbalan Panglima Tentera Udara (TPTU), Lt Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM di pejabat beliau hari ini.
Kunjungan hormat ini diadakan bersempena pelantikan Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM sebagai Panglima Operasi Udara yang baharu, serta bertujuan untuk mendapatkan nasihat, panduan dan mandat daripada pucuk pimpinan tertinggi TUDM bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai Panglima Operasi Udara selaras dengan Pelan Pembangunan Keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2055.
TPTU turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM atas pelantikan beliau sebagai Panglima Operasi Udara.