TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PANGLIMA OPERASI UDARA

1 2 3

 

KUALA LUMPUR, 4 Jul 2025 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM dalam satu pertemuan rasmi yang berlangsung di pejabat beliau hari ini.

Pertemuan ini turut menjadi platform untuk Panglima Operasi Udara mendapatkan pandangan, nasihat serta amanat daripada kepimpinan tertinggi TUDM dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan, khususnya berkaitan aspek perancangan strategik dan pembangunan keupayaan seiring dengan Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55).

Selain itu, dengan semangat kerjasama dan komitmen yang tinggi, pertemuan ini dapat memperkukuh usaha TUDM dalam menghadapi cabaran masa depan dan memastikan kesiapsiagaan serta keberkesanan operasi udara negara sentiasa terpelihara.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY