7 PEGAWAI DAN 19 ANGGOTA TUDM BERJAYA MENAMATKAN KURSUS SENGGARAAN PESAWAT TAMPA PEMANDU (UAS) ANKA O-LEVEL MAINTENANCE

1 2 3
4 5 6

 

ANKARA, 15 Ogos 2025 – Seramai 7 pegawai dan 19 anggota TUDM berjaya menamatkan Kursus Senggaraan UAS ANKA O-Level Maintenance yang telah dilaksanakan di Turkish Aerospace Industries (TAI), Ankara, Türkiye. Kursus ini telah berlangsung dari 30 Jun hingga 15 Ogos 2025 merangkumi tiga (3) modul iaitu Mechanical & Engine Systems, Avionics Systems dan Ground Control Systems.

Kursus ini bertujuan untuk mempersiapkan jurutera dan juruteknik TUDM dalam melaksanakan penyelenggaraan peringkat O-Level bagi pesawat UAS ANKA yang akan dimiliki oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada awal tahun hadapan.

Pengurus Besar Akademik TAI merakamkan penghargaan di atas komitmen para pegawai dan anggota TUDM sepanjang latihan serta beliau percaya TUDM mampu mengoperasikan aset baharu tersebut dengan baik. Beliau juga menegaskan kepentingan kemahiran senggaraan amat penting bagi memastikan kesiagaan operasi pesawat tersebut sentiasa di tahap yang tertinggi.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta. Peningkatan kemahiran senggaraan dikalangan pegawai dan anggota ini amat penting bagi memastikan kejayaan operasi TUDM dalam mengoperasikan aset-aset baharu yang lebih moden dan terkini.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN