PELAKSANAAN PENILAIAN VERIFIKASI AKHIR SKM/DKM PROGRAM PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) ANGGOTA MUKES SIRI 1/2025

1 2 3

 

LUMUT, 15 Ogos 25 – Bahagian Tadbir-Cawangan Perkhidmatan telah dipertanggungjawabkan untuk mengkoordinasikan Penilaian Verifikasi Akhir SKM/DKM dan Pelaksanaan Laporan Pengalaman Keterampilan Terdahulu (LPKT) tajaan TUDM dalam bidang Kepimpinan Muzik.

Penilaian ini telah berlangsung di KD Pelandok, Pangkalan Lumut mulai 12 hingga 15 Ogos 25. Seramai seorang Pegawai dan 22 anggota LLP yang memenuhi syarat telah menduduki peperiksaan tersebut yang melayakkan mereka untuk mendapatkan Sijil Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4. Pengiktirafan dan penganugerahan ini adalah berkaitan pengetahuan, kemahiran serta pengalaman yang dimiliki oleh anggota ATM semasa berkhidmat.

Inisiatif ini memberi banyak manfaat kepada pegawai dan anggota TUDM antaranya:
- Pengiktirafan rasmi terhadap pengalaman dan kemahiran sedia ada tanpa perlu melalui laluan akademik konvensional sepenuhnya.
- Peningkatan kerjaya kerana kelayakan DKM diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia.
- Pengiktirafan kebolehpasaran di luar perkhidmatan, sekali gus meningkatkan nilai diri anggota sebagai tenaga kerja berkemahiran tinggi selepas tamat perkhidmatan.
- Motivasi dan pengiktirafan moral kerana sumbangan serta kepakaran anggota dalam bidang muzik tentera diiktiraf secara rasmi oleh badan berautoriti.
- Selari dengan usaha TUDM memperkasakan modal insan yang kompeten, berilmu dan berketerampilan untuk menyokong hala tuju pembangunan profesionalisme warga udara.

Pelaksanaan program ini membuktikan komitmen TUDM dalam membangunkan kerjaya anggotanya melalui pendekatan holistik yang bukan sahaja menitikberatkan aspek operasi dan ketenteraan, malah turut mengangkat kepakaran khusus seperti bidang muzik ke tahap yang lebih profesional.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN