CERAMAH SEMPENA MAAL HIJRAH PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

GONG KEDAK, 10 Jul 25 - Masjid Ar Raudah, Pangkalan Udara Gong Kedak telah menganjurkan satu ceramah bersempena dengan sambutan Maal Hijrah yang telah disampaikan khas oleh penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus dengan tajuknya “Hijrah Akhir Zaman“.

Hijrah dalam konteks Islam merujuk kepada peristiwa perpindahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa ini merupakan titik tolak penting dalam sejarah Islam dan menandakan permulaan kalendar Hijrah. Namun, hari ini hijrah bukan hanya sekadar peristiwa perpindahan, tetapi juga merupakan titik balik penting dalam sejarah Islam yang membawa nilai-nilai luhur dan inspirasi bagi umat Islam.

Ceramah yang berlangsung selama hampir 2 jam setengah dilaksanakan selepas solat magrib bersama. Ceramah juga disusuli dengan sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus sebelum menunaikan solat Isya berjemaah.

Turut hadir dalam majlis ilmu ini adalah Komander Pangkalan, Kol Mohd Norazan bin Othman TUDM, barisan Eksekutif Pangkalan dan semua warga pangkalan di samping kehadiran qariah setempat sekitar PU Gong Kedak yang juga turut sama-sama memeriahkan majlis ilmu ini. Dianggarkan jumlah keseluruhan yang hadir mendengar ceramah ni mencecah seramai 3566 orang.

Semoga program seumpama ini sedikit sebanyak dapat membantu kita semua menyelami maksud dan niat berhijrah dengan meninggalkan keburukan atau keadaan yang bertentangan dengan Al-Quran dan hadis demi mengharapkan rahmat daripada Allah SWT.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN