MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI MPSTU DAN CPM TUDM

1 2 3
4 5 7
8 9 10

 

SENDAYAN, 10 Jul 2025 – Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Junairi bin Baharom TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada tiga (3) orang pegawai Cawangan Tadbir bertempat di Auditorium Darussalam, Cawangan Provos Marsyal TUDM.

Pegawai yang dinaikkan pangkat ialah LtM Shelina Merlisa a/p Adman TUDM daripada Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara (MPSTU), ⁠LtM Muhammad Syarafuddin bin Norazmi TUDM daripada Cawangan Penyiasatan Jenayah (CPJ) Zon Tengah, PU Subang dan LtM Izman Haziq bin Rosli TUDM daripada CPJ Zon Sabah, PU Labuan. Masing-masing dinaikkan pangkat ke Leftenan TUDM berkuatkuasa 1 Julai 2025.

Turut hadir di majlis ini juga adalah Pengarah PSTU, Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM; Pengarah Perundangan, Kol Ahmad Sanusi bin Hj Ali TUDM; Provos Marsyal Udara, Kol Yusnizam bin Mohamad Jalil TUDM serta pegawai-pegawai MPSTU dan warga CPM TUDM.

Tahniah diucapkan kepada pegawai yang telah dinaikkan pangkat. Semoga dengan kenaikkan pangkat ini dapat menjadi pemangkin dalam menggalas tanggungjawab yang telah diberikan seiring dengan kehendak perkhidmatan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN