Select your language

JAMCC SEPANG ANJUR PROGRAM KESEDARAN ANTI DADAH BERSAMA IPD SEPANG

1 2 3
4 5 6

 

SEPANG, 16 Julai 2026 – Joint Airspace Management and Coordination Centre (JAMCC) Sepang telah menganjurkan Program Kesedaran Anti Dadah yang disampaikan oleh Inspektor Adli daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga JAMCC Sepang terhadap bahaya penyalahgunaan dadah, selain memberi pendedahan mengenai trend semasa penyalahgunaan bahan terlarang, implikasi dari aspek perundangan serta tanggungjawab setiap anggota dalam mengekalkan tahap disiplin, integriti dan profesionalisme sepanjang perkhidmatan.

Sepanjang sesi berlangsung, peserta turut didedahkan dengan kaedah pengesanan awal, langkah-langkah pencegahan serta kepentingan mewujudkan persekitaran kerja yang bebas daripada penyalahgunaan dadah sebagai usaha memperkukuh kesiapsiagaan organisasi.

JAMCC Sepang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Sepang, khususnya Inspektor Adli, atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang amat bermanfaat. Program seumpama ini diharapkan dapat memperkukuh budaya kerja berintegriti serta menyokong aspirasi TUDM dalam melahirkan warga yang kompeten, berdisiplin dan bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN