![]() |
SELANGOR, 22 Jul 2026 – Pengerusi Persatuan Bina Badan TUDM, Kol Ahmad Sanusi bin Hj Ali TUDM bersama atlet-atlet Persatuan Bina Badan TUDM telah mengadakan lawatan kebajikan kepada Mej Mohd Humaizi bin Ibrahim TUDM dan keluarga sebagai bekas Pengerusi Persatuan Bina Badan TUDM yang terlibat dengan kemalangan jalan raya pada 28 Jun 2026.
Mej Humaizi bin Ibrahim TUDM kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Thomson, Kota Damansara, Selangor. Beliau dilaporkan telah sedar selepas berada dalam keadaan koma selama hampir tiga minggu susulan kemalangan yang berlaku pada 28 Jun 2026. Walau bagaimanapun, keadaan beliau masih memerlukan pemantauan rapi oleh pihak doktor kerana mengalami masalah hilang ingatan dan masih belum dapat mengenali ahli keluarga serta individu di sekelilingnya.
Turut dimaklumkan bahawa kedua-dua orang anak beliau turut menerima rawatan di hospital yang sama, seorang sedang dirawat akibat masalah buah pinggang manakala seorang lagi menerima rawatan kerana penyakit asma.
Semoga sumbangan dan sokongan yang diberikan dapat memberikan kekuatan kepada Mej Humaizi dan keluarga.




