![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 3 Disember 2025 – Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Junairi bin Baharom TUDM dan delegasi daripada Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara (MPSTU) diketuai oleh Pengarah PSTU, Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM telah mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Udara Kuantan bagi meninjau lokasi yang dicadangkan untuk pengoperasian Unit Pasukan Simpanan Tentera Udara (PSTU).
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada persiapan awal menjelang pengoperasian unit tersebut yang dijadualkan bermula pada Januari 2026. Dalam lawatan ini, AKS Tadbir dan delegasi telah meneliti tahap kesediaan pejabat, kemudahan sokongan serta penempatan ruang kerja yang diperlukan bagi memastikan pengoperasian Unit PSTU dapat dilaksanakan secara teratur selaras dengan standard operasi TUDM. Perbincangan turut menumpukan kepada aspek logistik dan keperluan infrastruktur bagi menyokong peranan unit dalam jangka masa panjang.
Secara keseluruhannya, lawatan ini menggambarkan komitmen bersama dalam memastikan penubuhan dan pengoperasian Unit PSTU di PU Kuantan dapat direalisasikan dengan cekap dan berkesan, sekali gus memperkukuh keupayaan Pasukan Simpanan dalam struktur TUDM.






