MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI WARAN SEKOLAH KOMUNIKASI

1 2 3

 

KUANTAN, 3 Disember 2025 – Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Waran (PW) Sekolah Komunikasi telah berlangsung di Kelas Saidina Hamzah, Sekolah Kawalan Trafik Udara, dan disaksikan oleh Ketua Sekolah Komunikasi, Mej Mohd Faz’zli bin Abdullah TUDM. Majlis ini turut dihadiri oleh PW Sekolah Kawalan Trafik Udara serta barisan jurulatih dari Sekolah Kawalan Trafik Udara dan Sekolah Komunikasi.

Dalam majlis tersebut, PW Mohd Zuraidi bin Md Salamat telah menyerahkan tugas kepada PW U II Khairul Akram bin Jaapar selaku Pegawai Waran Sekolah Komunikasi yang baharu.

Untuk makluman, PW U I Mohd Zuraidi dan PW U II Nazri akan mula bercuti sebelum menjalani Latihan Peralihan bermula Januari 2026. Ketua Sekolah Komunikasi turut merakamkan ucapan selamat bersara dan maju jaya kepada kedua-dua anggota tersebut.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN