![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
BUTTERWORTH, 4 September 2025 – Asisten Ketua Staf Materiel, Brigedier Jeneral Nor Azmi bin Abdul Rahman TUDM telah melaksanakan Lawatan Kerja Rasmi ke unit-unit Materiel di Pangkalan Udara Butterworth merangkumi Cawangan Materiel, MATRA 2 dan Terminal Peluru 2 dari 2 hingga 4 September 2025.
Turut mengiringi beliau dalam lawatan ini ialah Pegawai Memerintah Depoh Materiel Utama, Kolonel Amran bin Hassan TUDM; Pegawai Staf 1 SISMAT, Leftenan Kolonel Rohaizad bin Md Don TUDM dan Pegawai Staf 1 Perolehan, Leftenan Kolonel Mohamad Shamsol Kamal bin Fadzil TUDM.
Lawatan ini bertujuan untuk menilai tahap keberkesanan pengoperasian unit-unit Materiel di PU Butterworth serta mengenal pasti isu-isu semasa dan cabaran yang dihadapi khususnya berkaitan aspek pengurusan domestik dan khas udara, infrastruktur serta penilaian kompetensi anggota.
Semasa lawatan ini juga, AKS Materiel juga telah mengadakan sesi dialog bersama seluruh warga Materiel pangkalan bagi mendengar pandangan, cadangan dan permasalahan yang dihadapi di peringkat pelaksanaan.