MUKES ANGKAT MARTABAT SENI KETENTERAAN DI PENTAS ASEAN

1 2 3

 

LANGKAWI, 3 September 2025 – Cawangan Muzik dan Kesenian (MUKES) daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mencuri perhatian menerusi persembahan yang memukau pada Majlis Makan Malam Peringkat Menteri AMME-18 bersempena dengan Anugerah Bandar Lestari Alam Sekitar (ESC) ke-6 ASEAN dan Majlis Sijil Pengiktirafan (COR) ke-5 yang berlangsung di PARKROYAL Langkawi Resort.

MUKES yang diwakili oleh dua kumpulan utama iaitu Kombo Seni Udara dan Ritma Tari Udara telah menampilkan gabungan muzik dan tarian yang berprestij, mempersembahkan kepelbagaian budaya serta profesionalisme TUDM di hadapan menteri-menteri ASEAN, rakan dialog serta delegasi antarabangsa.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah memberi kepercayaan penuh kepada TUDM untuk mengisi slot persembahan utama dalam majlis tersebut, sekali gus mengiktiraf kredibiliti MUKES sebagai duta seni ketenteraan negara.

Persembahan MUKES bukan sahaja mengangkat imej TUDM dalam bidang ketenteraan, tetapi turut menyerlahkan bakat dan kreativiti anggota LLP yang berkebolehan dalam bidang seni, muzik dan tarian.

Kehadiran YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Malaysia, menyerikan lagi acara dan memberikan signifikan tersendiri kepada persembahan MUKES yang mendapat pujian ramai.

Penyertaan MUKES dalam majlis berprestij ini membuktikan bahawa keunggulan TUDM bukan sekadar di medan udara, tetapi juga di pentas kebudayaan, menjadikan mereka sebagai lambang perpaduan antara ketenteraan dan kesenian dalam membina imej negara di peringkat antarabangsa.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga MUKES atas komitmen serta pencapaian yang membanggakan. Semoga terus cemerlang mengharumkan nama TUDM dan Malaysia di persada dunia.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN