![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 8 Mei 25 - Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (KS MPPLU), Brig Jen Norazman bin Ismail TUDM buat julung kalinya melaksanakan lawatan kerja rasmi mewakili Panglima Pendidikan dan Latihan Udara ke Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) di Pangkalan Udara Kuantan.
Ketibaan KS MPPLU dan delegasi di Bangunan Pergerakan Udara PU Kuantan telah disambut oleh Komandan INSPRA, Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM dan Pemangku Komander Pangkalan, Kol Md Rizam bin Ahmad TUDM. Turut sama mengiringi semasa lawatan kerja ini adalah Pengarah Latihan MPPLU, Kol Hamidi bin Hashim TUDM; Pengarah Bantuan MPPLU, Kol Zamzuri bin Talib TUDM dan PS 1 Kurikulum, Lt Kol Richard a/l Bizikumarin serta Pegawai-pegawai INSPRA.
Lawatan kerja ini telah dimulakan dengan menandatangani buku lawatan di ruang Galeri Sekolah Bomba dan Menyelamat (SBM). Delegasi lawatan seterusnya dijemput untuk menjayakan Majlis Penutup Communication Officer Course Siri 1/25 di Auditorium SBM. Kursus yang terdiri daripada 16 Pegawai TUDM daripada pelbagai ketukangan ini telah bermula pada 3 Mac 25 dan tamat pada 9 Mei 25. KS MPPLU dalam ucapan penutupnya menzahirkan ucapan tahniah kepada INSPRA dan peserta kursus COMMO Siri 1/25 kerana berjaya melaksanakan dan menamatkan kursus tersebut dengan jayanya. Beliau juga berharap agar segala ilmu yang diterima semasa berkursus dapat digunakan sebaiknya selepas pulang ke unit masing-masing.
Seterusnya, KS MPPLU dan delegasi telah berkumpul bersama dengan semua barisan jurulatih INSPRA bagi melaksanakan Sesi Dialog Warga INSPRA bersama KS MPPLU di Auditorium SBM. Sesi ini dilaksanakan bertujuan untuk menjadi platform komunikasi dua hala antara MPPLU selaku Markas Formasi kepada unit INSPRA bagi mengenalpasti cabaran yang dihadapi INSPRA sekaligus membincangkan solusi terbaik yang boleh dikecapi. Di akhir sesi tersebut, KS MPPLU dan Komandan INSPRA telah menyempurnakan upacara pertukaran momento sebagai tanda kenang-kenangan.
Warga INSPRA amat menghargai keprihatinan yang dizahirkan sepanjang lawatan rasmi tersebut dan berharap kunjungan sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.