AKADEMI TENTERA UDARA TERIMA LAWATAN DARIPADA SENIOR ENLISTED LEADER WASHINGTON NATIONAL GUARD

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12

 

IPOH, 6 Mei 2025 – Komandan Akademi Tentera Udara, Kol Rafiddee bin Dollah TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Chief Master Sergeant Allan L. Lawson, Command Chief Master Sergeant for Washington National Guard bersempena Program Subject Matter Expert Exchange (SMEE) serta Lawatan Delegasi Washington National Guard ke Akademi Tentera Udara (ATU) mulai 6 hingga 7 Mei 2025.

Pegawai Waran TUDM, PW U I Mohd Rashidi bin Md Tahir bersama delegasi Washington National Guard telah mengetuai lawatan dan disambut oleh Pegawai Waran ATU, PW U I Nazlin bin Mat Noor.

Sesi lawatan dimulakan dengan menandatangani buku lawatan yang disaksikan oleh Pegawai Waran TUDM di Wisma Bintara manakala delegasi diberikan taklimat lawatan oleh Pegawai Waran Sekolah Latihan Perajurit Muda (SLPM), PW U II Muhammad Faris bin Saiful Bahrin.

Lawatan kemudian diteruskan dengan melawat kelas Pengendalian Senjata PjM U Siri 69/25 dan berpeluang melihat sesi pembelajaran serta pengurusan organisasi dan konsep pelaksanaan kursus di bawah naungan SLPM.

Seterusnya, delegasi lawatan dibawa meninjau kelas demostrasi Ikhtiar Hidup yang melibatkan air crew dan kelas Tempur Tanpa Senjata (TTS) serta melawat blok penginapan PjM U.

Pada hari kedua lawatan, delegasi berpeluang mengikuti sesi latihan senaman asas PjM U yang dilaksanakan di Padang Bola Akademi, lawatan ke Sekolah Kawad dan Istiadat (SKI) dan kelas Kawad Kaki PjM U yang diadakan di Padang Kawad A. Lawatan diakhiri dengan sesi momento di Wisma Bintara.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer