![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 3 Mei 2025 - Wisma Perwira PU Kuantan telah menganjurkan Majlis Makan Beradat Wisma Perwira Pangkalan Udara Kuantan bagi Tahun 2025 dengan penuh gemilang. Majlis ini diadakan di Hotel Ancasa, Pekan.
Majlis Makan Beradat Wisma Perwira ini diserikan dengan kehadiran Komander Pangkalan, Brig Jen Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM dan isteri Puan Zainab binti Abdullah.
Dalam majlis ini juga turut meraikan Pegawai-pegawai yang telah bertukar keluar dari PU Kuantan dan Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1) sepanjang tahun 2024 hingga 2025.
President of Mess Committee Wisma Perwira, Lt Kol Sallee Iskandar bin Musa TUDM dalam ucapannya turut menzahirkan rasa penghargaan atas komitmen yang diberikan oleh semua Ahli Jawatankuasa Wisma Perwira yang bertungkus lumus membuat persiapan. Beliau juga menzahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada Pegawai-pegawai yang diraikan dalam majlis ini kerana sanggup meluangkan masa menghadiri majlis.
Seterusnya dalam ucapan Komander Pangkalan, beliau menekankan agar majlis rejimental yang penuh gilang-gemilang ini dapat diteruskan lagi pada setiap tahun yang mendatang. Majlis ini bukan sahaja dapat meraikan pegawai-pegawai yang bertukar keluar, malah dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.
Turut hadir Komandan INSPRA, Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman, Pegawai-pegawai Memerintah Skuadron, Ketua-ketua Cawangan dan juga warga Wisma Perwira PU Kuantan dan MAWILUD 1.