![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 4 Mac 2026 – Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah menganjurkan Majlis Iftar Perdana 2026 bertempat di Surau Al-Ilmiah dalam suasana penuh keberkatan sempena Ramadan 1447H. Majlis ini menghimpunkan Eksekutif, pegawai, jurulatih, staf serta peserta kursus, sekali gus meraikan penutup Basic Fire Officer Course (BFOC) Serial 13/25 dan Basic Aero Firefighter Course (BAFC) Serial 63/25.
Majlis dimulakan dengan ketibaan Komandan INSPRA, Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM, sebelum warga INSPRA bersama-sama berbuka puasa, mencerminkan nilai kesederhanaan, kesyukuran dan kebersamaan.
Seterusnya, para hadirin menunaikan Solat Maghrib, Isyak dan Solat Sunat Tarawih secara berjemaah sebagai tanda pengimarahan bulan Ramadan.
Program diakhiri dengan jamuan moreh dalam suasana penuh harmoni. Penganjuran Majlis Iftar Perdana ini bukan sahaja menyemarakkan penghayatan Ramadan, malah terus memperkukuh ukhuwah, disiplin serta semangat kekeluargaan dalam kalangan seluruh warga INSPRA.











