![]() |
![]() |
![]() |
KUCHING, 13 Mac 2026 – Pangkalan Udara Kuching telah menganjurkan Program Qiamullail Perdana yang dilaksanakan serentak di semua surau di bawah naungan Pangkalan Udara Kuching iaitu Surau Al-Jahirah Pangkalan Udara Kuching, Surau ‘Amru bin Al-'Ash RKAT Batu 10½ dan Surau Asy-Syuhada RKAT Batu Kawa.
Program ini bermula pada pukul 4.00 pagi dengan solat sunat tahajud, diikuti solat sunat taubat, solat hajat dan solat witir yang diselang-seli dengan zikir serta munajat. Program kemudiannya diteruskan dengan juadah sahur bersama. Seusai sahur, para jemaah menunaikan solat Subuh secara berjemaah sebagai kemuncak program.
Program ini turut dihadiri oleh Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Yusrizal bin Zain TUDM bersama warga pangkalan bagi mengimarahkan program qiamullail di samping memanfaatkan baki sepuluh malam terakhir Ramadan yang penuh keberkatan untuk meningkatkan amal ibadah.
Penganjuran program seumpama ini bertujuan menggalakkan warga pangkalan untuk terus beristiqamah dalam melaksanakan ibadah qiamullail sebagai usaha pembinaan sahsiah diri serta penyucian jiwa.






