![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SEPANG, 13 Mac 2026 – Latihan ketenteraan dan Ceramah agama telah dilaksanakan bertempat di Bilik TCI, JAMCC Sepang. Latihan Ketenteraan dan Ceramah yang berlangsung pada 23 Ramadan 1447H turut dihadiri oleh seramai 10 Pegawai dan 30 Anggota LLP JAMCC Sepang.
Latihan dan Ceramah tersebut telah dikendalikan oleh Mej Azsarudin bin Awang, PS 2 Agama Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU). Latihan yang telah dilaksanakan bertajuk Ibadah di Medan. Manakala ceramah bertajuk 10 Malam Terakhir Saat Penentuan Keampunan menyampaikan mesej penting berkenaan intipati Al-Quran dan perjuangan baginda Rasulullah S.A.W khususnya di dalam bulan Ramadhan.
Mengambil keberkatan Ramadan, JAMCC Sepang mengambil peluang memberikan cenderamata kepada Pegawai dan Anggota yang terlibat Program Tadarus Al-Quran Peringkat JAMCC Sepang. Penyerahan cenderamata tersebut telah disempurnakan oleh Komander JAMCC Sepang, Brig Jen Mohd Shahfreen bin Baba TUDM.









