![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
BUTTERWORTH, 17 Mac 26 - Majlis Serah Terima Tugas Ketua Cawangan Tadbir Pangkalan Udara Butterworth di antara Lt Kol Mohd Noor Hafiz bin Mat Said TUDM dengan Mej Mohamad Helmy bin Mezlan TUDM telah disempurnakan bertempat di Cabang Pergerakan Udara, PU Butterworth.
Acara serah terima tugas ini telah disaksikan oleh Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Tan Lai Hock TUDM. Turut hadir pada majlis ini adalah barisan eksekutif pangkalan, pegawai dan anggota cawangan tadbir serta kakitangan awam.
Seluruh warga PU Butterworth menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Lt Kol Mohd Noor Hafiz bin Mat Said TUDM di atas jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang menerajui jawatan sebagai Ketua Cawangan Tadbir, PU Butterworth.
Selamat bertugas juga diucapkan kepada Mej Mohamad Helmy bin Mezlan TUDM yang menjawat jawatan sebagai Ketua Cawangan Tadbir yang baharu.
Majlis diakhiri dengan simbolik penyampaian bag raya kepada eksekutif pangkalan yang disempurkan oleh Komander Pangkalan.















