![]() |
|
SEPANG, 2 April 2026 – Brig Jen Shahfreen bin Baba TUDM selaku Komander JAMCC bersama Kol Wan Amir Zaki bin Wan Hassan TUDM, Pegawai Laksana JAMCC telah melaksanakan lawatan kebajikan ke kediaman ibu bapa Mej Abdul Malik bin Karim TUDM yang terjejas akibat kejadian kebakaran baru-baru ini.
Lawatan ini bertujuan menzahirkan keprihatinan serta memberikan sokongan moral kepada keluarga mangsa, di samping meninjau sendiri keadaan semasa di lokasi kejadian. Dalam lawatan tersebut, Komander JAMCC turut meluangkan masa berinteraksi bersama keluarga bagi mendapatkan gambaran lanjut berhubung insiden yang berlaku serta mengenal pasti keperluan semasa yang diperlukan.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah pegawai dan anggota LLP JAMCC yang bersama-sama menyokong usaha kebajikan serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga TUDM. Pada masa yang sama, JAMCC turut melaksanakan aktiviti Jiwa Murni dan Jiwa MADANI melalui kerja-kerja pembersihan kesan kebakaran di kediaman tersebut. Sumbangan turut disampaikan oleh Komander JAMCC kepada keluarga Mej Abdul Malik sebagai tanda sokongan dan keprihatinan.
Seluruh warga JAMCC menzahirkan rasa simpati serta mendoakan agar keluarga berkenaan dikurniakan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian ini.




