MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH KESIAGAAN OPERASI MARKAS PEMERINTAHAN OPERASI UDARA

 D75 1535 D75 1541   Copy D75 1571 

 

SUBANG, 3 April 2026 - Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Kesiagaan Operasi Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) telah berlangsung antara Kolonel Saravanasennan a/l R.Veerasennan TUDM dengan Kolonel Mohd Faizal bin Md Jani TUDM dan disaksikan oleh Ketua Staf MPOU, Mej Jen Dato’ Pahlawan Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM. Majlis yang berlangsung di Auditorium Air Warfare Centre (AWC), Markas Pemerintahan Operasi Udara turut dihadiri oleh Ketua Bahagian dan pegawai kanan MPOU.

Seluruh warga MPOU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kolonel Saravanasennan a/l R.Veerasennan TUDM atas segala jasa, khidmat bakti dan sumbangan cemerlang beliau sepanjang memegang jawatan tersebut. Semoga Kolonel Saravanasennan a/l R.Veerasennan TUDM terus cemerlang di tempat bertugas yang baharu.

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada Kolonel Mohd Faizal bin Md Jani TUDM atas pelantikan beliau sebagai Pengarah Kesiagaan Operasi yang baharu. Semoga terus cemerlang dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN