MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS BOMBA PENINGKATAN KELAS II (FIRE SAFETY TECHNICIAN) SIRI 41/26

1 2
3 4

 

KUANTAN, 20 April 2026 – Sekolah Bomba dan Menyelamat (SBM), Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Majlis Pembukaan Kursus Bomba Peningkatan Kelas II (Fire Safety Technician) Siri 41/26 bertempat di Auditorium SBM.

Majlis pembukaan ini telah disempurnakan oleh Mej Muhamad Zamri bin Harun TUDM, Ketua Sekolah Bomba dan Menyelamat, dengan diiringi oleh Kapt Mohamad Khairul bin Abdul Razak TUDM, Ketua Sel Bantuan. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pegawai Waran-Pegawai Waran serta barisan jurulatih.

Kursus FST Siri 41/26 ini disertai oleh seramai 24 anggota PK LLP dan telah bermula pada 20 April 2026 serta dijangka tamat pada 21 Ogos 2026. Objektif utama kursus ini adalah untuk melatih peserta agar mampu mengaplikasikan prosedur keselamatan kebakaran bangunan, melaksanakan pemeriksaan, pengujian dan senggaraan sistem perlindungan kebakaran, serta mengendalikan alat bantuan pernafasan seperti yang digariskan dalam RMAF Occupational Specification.

Pihak INSPRA merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada semua peserta kursus dan berharap agar mereka dapat memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang tempoh latihan bagi mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN