![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
GONG KEDAK, 25 April 2026 - Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT Pangkalan Udara Gong Kedak bagi tahun 2026 telah diadakan di Dewan Puteri, PU Gong Kedak. Perasmian mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Komander Pangkalan, Kol Hasfa Nyzam bin Abdul Hamid TUDM yang turut dihadiri Penasihat BAKAT PU Gong Kedak, Lt Kol Hairul Nizam bin Hussain TUDM dan barisan Eksekutif Pangkalan serta penyertaan seramai 451 ahli BAKAT.
Antara intipati ucapan perasmian oleh Komander Pangkalan adalah harapan beliau supaya ahli BAKAT sentiasa memberi kerjasama dan komitmen dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan serta mengharapkan BAKAT PU Gong Kedak sentiasa dalam keadaan harmoni tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama bagi memastikan kebajikan semua ahli BAKAT terpelihara dan terbela. Komander Pangkalan juga turut menyempurnakan penyampaian Sijil Penghargaan kepada semua Ketua Biro BAKAT PU Gong Kedak bagi sesi 2025.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Seterusnya, mesyuarat telah dipengerusikan oleh isteri Komander Pangkalan, Puan Azliza binti Abd Rahman iaitu Pengerusi BAKAT PU Gong Kedak. Selain mengesahkan dan membincangkan perkara berbangkit mesyuarat yang lepas, antara agenda yang diutarakan adalah pembentangan laporan kewangan 2025 oleh Bendahari BAKAT, perlantikan Ketua Biro bagi sesi 2026 dan pembentangan perancangan aktiviti-aktiviti BAKAT bagi tahun 2026. Tahniah diucapkan kepada semua ahli BAKAT PU Gong Kedak dalam memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi untuk menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT tahun 2026 ini.















