![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KINRARA, 29 Apr 2026 – Majlis Penutup Kursus Pemanduan dan Pengendalian Ambulans Siri 2/26 telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Bahagian Logistik Pertahanan, Brig Jen Jasmi bin Che Ismail TUDM yang diadakan di Institut Latihan Pengurusan Materiel (INSMAT). Kursus yang berlangsung dari 27 hingga 29 Apr 26 ini telah dihadiri seramai 25 orang.
Peserta kursus telah didedahkan dengan asas pemanduan berhemah, undang-undang jalan raya, pemeriksaan harian ambulans dan prosedur operasi kecemasan termasuk pemindahan pesakit dari lokasi kecederaan ke hospital. Turut hadir bagi majlis penutup ini adalah PS 1 SISMAT dan Pegawai Memerintah INSMAT.
Semoga dengan kursus yang telah dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada para peserta serta segala ilmu dan panduan yang diperolehi dapat dikongsikan bersama di unit masing-masing.








