![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
BUTTERWORTH, 30 Apr 26 – Asisten Ketua Staf Tadbir (AKS Tadbir), Brig Jen Junairi bin Baharom TUDM telah mempengerusikan Mesyuarat Asisten Ketua Staf Tadbir bersama Ketua Cawangan Tadbir Zon Utara Siri 1/2026 yang telah diadakan pada 30 Apr 26 (Khamis) bertempat di Pangkalan Udara Butterworth. Mesyuarat ini melibatkan empat pangkalan/unit iaitu Pangkalan Udara Butterworth, KTU, ATU dan PHU.
Mesyuarat turut dihadiri oleh delegasi daripada MTU-Perkhidmatan, MTU-Perundangan, MTU-CPM, IPP, MTU-BSM (Seksyen Rekod dan Pangkalan Data), MPPLU serta Ketua-Ketua Cawangan Tadbir (KCT) Zon Utara.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa serta penugasan KCT dalam usaha memperkukuh aspek pentadbiran dan pengurusan di peringkat pangkalan dan unit TUDM. Perbincangan turut memberi penekanan kepada usaha memperkasa Cawangan Tadbir agar sentiasa selari dengan hala tuju Pembangunan Keupayaan TUDM.









