![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR - Markas Tentera Udara bahagian Kejuruteraan telah mengadakan satu majlis pemakaian pangkat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Tebuan, Markas Tentera Udara hari ini.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Kejuruteraan, Mej Jen Muhd Aznor bin Hj Md Ghazali TUDM yang melibatkan empat (4) Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari MTU-Kejuruteraan.
Dalam majlis tersebut dua anggota telah dinaikkan ke pangkat Pegawai Waran Udara I (PW U I) iaitu PW U II Muhamad Faizi Nikman bin Che Bakari dan PW U II Mohd Halhafish bin Jaafar. Manakala F/Sjn Zarulnizam bin Zakariya telah dinaikkan ke pangkat Pemangku PW U II dan Sjn U Mohd Saufi bin Yusof telah dinaikkan ke pangkat Pemangku F/Sjn.
Kenaikan pangkat ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi, dan profesionalisme yang telah ditunjukkan oleh anggota sepanjang perkhidmatan mereka. Ia juga merupakan satu lonjakan tanggungjawab baharu yang menuntut tahap kepimpinan dan integriti yang lebih tinggi sejajar dengan aspirasi dan keperluan perkhidmatan.
Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh tertib ini turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan dan warga MTU-Kejuruteraan yang sama-sama meraikan kejayaan dan pencapaian para anggota.