PERBARISAN KETUA STAF DAN MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA LLP MPBU

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12

 

SUBANG, 8 Jul 2025 - Ketua Staf Markas Pemerintahan Bantuan Udara, Brig Jen Ir. Azhar bin Hj Idris TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat bagi dua puluh lapan (28) anggota LLP MPBU iaitu terdiri dripada P/PW U I (3), P/PW U II (7), P/FSJN (12), P/SJN U (5) dan P/KPL U (1).

Ketua Staf MPBU serta seluruh warga MPBU mengucapkan sekalung tahniah kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat tersebut.

Didalam ucapan Ketua Staf , beliau turut menekankan empat perkara penting yang perlu diberi perhatian serius oleh warga TUDM khususnya, dan Angkatan Tentera Malaysia amnya, iaitu penyalahgunaan media sosial, gejala dadah, isu buli, serta pematuhan kepada indeks jisim badan (BMI) yang berlaku dalam warga TUDM.

Diharapkan dengan kenaikan pangkat ini, akan terus menjadi contoh teladan yang unggul dalam aspek kepimpinan, integriti serta semangat juang sebagai seorang anggota tentera udara yang profesional, setia dan berwibawa. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih gemilang pada masa hadapan dan inspirasi kepada anggota-anggota TUDM yang lain.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN