MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS BAGI AIR SURVEILLANCE SUPERVISOR COURSE (ASSC) SERIAL 87/25

1 2
3 4
   

 

KUANTAN, 14 Jul 25 - Sekolah Kawalan Pertahanan Udara (SKPU), Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Majlis Pembukaan Kursus bagi Air Surveillance Supervisor Course (ASSC) Serial 87/25 bertempat di Ruang Legar SKPU yang telah disempurnakan oleh Ketua Sekolah Kawalan Pertahanan Udara, YBhg Lt Kol Mazura binti Mahamood TUDM dan diiringi oleh Ketua P&P SKPU Mej Fauzi Rezal bin Mohd Sati TUDM. Majlis juga turut dihadiri oleh Jurulatih Pegawai, Pegawai Waran - Pegawai Waran serta barisan Jurulatih LLP.

Kursus ASSC Serial 87/25 dijadualkan berlangsung bermula 14 Jul 25 dan dijangka akan tamat pada 19 Dis 25 ini telah dihadiri oleh 17 x anggota berpangkat Kpl U. Objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk melatih anggota Juruteknik Pengawasan Udara (JPU) dengan memberikan pengetahuan dan kemahiran berkaitan aspek penyelian serta teknik komunikasi bagi melaksanakan tugas sebagai Penyelia Pengawasan Udara. Sepanjang kursus ini berlangsung, peserta kursus akan didedahkan dengan tiga (3) modul latihan iaitu General Service Training - NCO Level 5, Operation Supervising Section (OSS), dan Airspace Surveillance Coordination (ASC).

Melalui ucapan pembukaan, YBhg Ketua Sekolah mengucapkan selamat datang kepada semua peserta kursus dan berharap agar semua dapat menjalani kursus dengan penuh ikhlas dan bersemangat di samping mengekalkan mutu disiplin yang tinggi agar dapat mengimplimentasikan segala ilmu pengetahuan yang dipelajari semaksima yang mungkin di unit kelak. Selain itu, YBhg Ketua Sekolah juga turut mengingatkan kepada semua peserta kursus supaya tidak sekali-kali melibatkan diri dengan kegiatan salah laku seperti buli, penyalahgunaan dadah, judi online, sexual harassment dan juga perkara-perkara yang boleh mencemarkan imej sebagai seorang anggota tentera.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN