PEMBUKAAN KURSUS ADVANCED AIR TRAFFIC CONTROL OFFICER COURSE-APPROACH SURVEILLANCE (AATCO-APP SURV) SERIAL 15/25, TRADE INSTRUCTOR COURSE AIR TRAFFIC CONTROL ASSISTANCE (TIC-ATCA) SERIAL 11/25 DAN FLIGHT OPERATIONS MANAGEMENT (FOM) SERIAL 26/25

1 2
3 4

 

KUANTAN, 14 Jul 25– Majlis Pembukaan Kursus Advanced Air Traffic Control Officer-Approach Surveillance (AATCO-APP SURV) Serial 15/25, Trade Instructor Course Air Traffic Control Assistance (TIC-ATCA) Serial 11/25 dan Flight Operations Management (FOM) Serial 26/25 telah berlangsung di Sekolah Kawalan Trafik Udara (SKTU), Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA).

Kursus AATCO-APP SURV Serial 15/25 telah dihadiri seramai 15 anggota berpangkat Kapt TUDM dan 1 anggota daripada Bangladesh berpangkat Squadron Leader.
Kursus ini bermula pada 14 Jul dan dijangka tamat pada 26 Sep 25. Objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk Untuk melatih pegawai ATC bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Approach Surveillance Controller di unit radar.

Kursus TIC-ATCA Serial 11/25 telah dihadiri seramai 6 anggota LLP. Kursus ini bermula pada 14 Jul 25 dan dijangka tamat pada 8 Ogos 25. Objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk melatih anggota bagi melaksanakan tugas-tugas, peranan dan fungsi sebagai jurulatih PKTU yang berkelayakan.

Manakala, Kursus FOM Serial 26/25 telah dihadiri seramai 24 anggota LLP. Kursus ini bermula pada 14 Jul 25 dan dijangka tamat pada 7 Nov 25. Objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk melatih anggota bagi melaksanakan tugas sebagai Penyelia Operasi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan tugas di Bilik Operasi Pangkalan.

Majlis pembukaan kursus ini telah dirasmikan oleh Lt Kol Mohamad Hasry bin Azhar TUDM selaku Ketua Sekolah SKTU.

Melalui ucapan pembukaan, YBhg Ketua Sekolah mengucapkan selamat datang kepada semua peserta kursus dan berharap agar semua dapat menjalani kursus dengan penuh ikhlas dan bersemangat di samping mengekalkan mutu disiplin yang tinggi agar dapat mengimplimentasikan segala ilmu pengetahuan yang dipelajari semaksima yang mungkin di unit kelak.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN